Selamat datang ke laman blog rasmi UNITED SHARK....

19 Jun 2012

SELESAI GATHERING TXR

Selesai sudah pengumpulan atau gathering TXR 1 Malaysia....1 Malaysia tuh...Bukan apa..kita sebagai rakyat Malaysia mesti kena sahut slogan tersebut yang diasaskan oleh Perdana Menteri kita Dato' Najib....Haaa...straight to point..Berkenaan pengumpulan suzuki TXR150 yang telah diadakan pada 25&26 Mei 2012 baru-baru ini...Saya membuat kesimpulan sendiri sebagai berjaya pada tahap 70%...Kehadiran jentera TXR150 sebanyak 149 buah sahaja..Lain-lain motor seperti suzuki GP, RGF, GT250x7, yamaha RXZ, 125z, honda ex5 dan lain-lain sebanyak 18 buah..Mengikut maklumat yang diperoleh dari peserta..bilangan peserta sepatutnya hadir pada 25.5.12 adalah seramai 85 orang...Maka pihak penganjur dah sediakan khemah secukupnya...ada labih lagi untuk spare bagi yang tersalah datang...TIBA-TIBA!!!...pada hari tersebut seramai 175 orang yg smpai xtau lah dari mana datang...Masalah disini bukan saya nak pertikai sape yang datang dan jumlah yang datang..Masalahnya timbul apabila khemah penginapan tak mencukupi...En.Saiful a.k.a bob sromban pening kepala pegi ketuk rumah apek tokey hotel LIDO pukul 3 pagi mau tambah bilik untuk rakan-rakan dari jauh datang...Saya tengok dari jauh masa bobsromban ketuk pintu tu...Sebab risau berlaku kejadian yang tidak diingini...Nasib menyebelahi bobsromban..Tiada brang berterbangan...Hanya kata-kata sopan yang berbunyi.."aiyaa...wa ngantok lorr tengah tido nii...esok pagi la cari bilik kosong...ape punya olang"...Pelik jugak kan...tengah tidor pon boleh cakap..Lantak lah..Kami pergi jumpa pihak pengurusan tapak perkhemahan...mintak tambah lagi khemah....Sampai habis khemah..Pihak pengurusan pon kencing jugak..mula-mula cakap khemah banyak takde masalah...don't worry kata manager tempat tu...tapi...takpela...Naisb baik ada peserta yang memahami..bincang-bincang...ada yang tido bawah pokok kelapa...ada yang tdo bawah meja..ada yang tido kat pintu pagar masuk..yang tak tidor pon ramai termasuklah afikmuzakir..shamnilai..arieyshark..sape lagi...ramai la jugak...Ehhh...dah panjang dah cerite nih...Kesimpulannya...cerita diatas ni bukan lah nak menyalahi sesiapa...Biasalah event macam ni diurus pulak oleh kanak-kanak baru nak belajar..bukannya event yang ditaja oleh mana-mana badan atau menteri pasola..Kesimpulan lagi sekali...semua selesai dengan jayanya...Kalau ada yang tak puas hati pon 2 atau 3 orang sahaja...abaikanlah...tak merugi mana-mana pihak pon...yang penting semua gumbira...TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA RASMI ATAUPON SECARA TAK SENGAJA...TANPA ANDA TAK BERJAYA LAH EVENT NIH...Dengar cerita ada masuk Utusan malaysia dan Kosmo...lupa tarikh bila punya....Gambar2 banyak boleh ditengok dlm FB united shark...TQ...JMC>SGP>SGP SOUTHERN>SVC>SHARK ALAM>ECS dan lain-lain.....wengggg!!!!!.......(nak bagi update blog je ni...lama xupdate)