Selamat datang ke laman blog rasmi UNITED SHARK....

06 September 2010

Ramadhan 1431H

Selesai sudah Majlis Berbuka Puasa bersama penghuni Baitus Sakinah Wal Mahabbah, Taman Warisan, Sepang pada 26 Ramadhan 1431 bersamaan 05/09/2010...Jutaan terima kasih kepada Pengetua pusat jagaan Baitus Sakinah Ustaz Mustafa kerana sudi menerima kunjungan rider United Shark bagi meraikan majlis berbuka puasa bersama anak yatim disini...Tidak lupa juga kepada penasihat United Shark, En. Zubeer Bin Abu Bakar, Ketua Belia Pakatan DUN Senawang dan N9, Cikgu Badrul Hisham Shaharin dan semua yang hadir..

Majlis bermula dengan sesi menjamu juadah berbuka...terasa seperti bersama dengan adik-adik dikampung, kemudian solat maghrib berjemaah...selesai solat, semua beramah mesra dengan penghuni Baitus Sakinah,kemudian semua rider membawa anak-anak menaiki motor masing-masing (bawak pusing-pusing,ade yg 3 org sekali naik sebuah motor)...

Sumbangan ikhlas kepada penghuni Baitus Sakinah juga turut diberikan bagi menghulurkan tangan meringankan beban berupa beras dan sedikit wang sebagai perbelanjaan bagi menguruskan anak-anak di Baitus Sakinah....Majlis berakhir dengan persembahan anak-anak Baitus Sakinah dan bersalaman...

"HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN"

02 September 2010

PROGRAM BERBUKA PUASA 2010

Assalamua'laikum...

Sedar tak sedar dah berada di penghujung Ramadhan 1431...Sekejap saja masa berlalu pergi meninggalkan kita...Insyaallah kalau dipanjangkan umur dan kesihatan dapatlah kita bertemu lagi Ramadhan akan datang...Kalau tidak..Wallahua'lam......Heh..nak tazkirah ke apa ni..hehe...sekadar renungan untuk diri saya sendiri dan kawan-kawan sejentera..

Program tahunan UNITED SHARK di bulan Ramadhan kembali lagi...Bukannya program hanya untuk suka-suka...Tetapi lebih kepada memantapkan rohani rakan-rakan US..ewaaahhh...
PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM BAITUL SAKINAH WAL MAHHABBAH, beralamat : No.1, Jalan Warisan Mulia 4/3, Kota Warisan, 43900, Sepang pada 26 Ramadhan 1431 bersamaan 05/09/2010, iaitu hari ahad...Kepada ahli United Shark yang ingin meraikan bersama anak yatim ni diminta bayaran RM15/orang untuk makan dan sedekah pada anak yatim..Nak bagi lebih dialu-alukan untuk disedekahkan pada anak-anak yatim...Semoga Majlis ni berjalan dengan lancar dan jayanya...Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa, beribadah dan....SELAMAT HARI RAYA DARI SAYA DAN UNITED SHARK KEPADA SEMUA...MAAF ZAHIR DAN BATIN SEKIRANYA ADA KESILAPAN DAN KEKURANGAN......wassalam...