Selamat datang ke laman blog rasmi UNITED SHARK....

28 April 2010

PROGRAM SANTAI BERSAMA EXCO K'JAAN SELANGOR

United Shark telah dijemput ke program Santai Bersama Exco Kerajaan N.Selangor pada 01/05/2010 iaitu pada hari sabtu bertempat di Dataran Shah Alam..Program ni bermula pada pukul 9.00 mlm hingga 12.00 mlm.....Terima kasih pada semua yang hadir memeriahkan program ni...Lebih kurang 40 buah motor Suzuki TXR dari kelab United Shark dan motor-motor lain dari Retro Motor Rider (RMR) yang hadir pada malam tersebut..Nak tengok gambar boleh tengok dalam facebook United Shark...Klik disebelah "mari kita berfacebook"....Ride For Your Right...

25 April 2010

AJK U.S turun padang melawat kawasan...

Nak tahu kawasan mana U.S akan melawat kali ni???...Haaa..kita akan melawat Kota Tinggi kali ni pada 8/05/2010 iaitu hari sabtu...Setakat ni yang confirm nak pegi ialah mijibangi, ahseng, bobnilai(pengerusi), ejan.....Saja je ni melawat kawasan Kota Tinggi sambil jumpa member-member kita kat sana, dapatlah kita mengeratkan silaturrahim antara pemilik TXR ni...Sape yang terasa terbakar hati nak join tu jangan segan la info kat miji pon boleh, bob boleh...semua boleh la...Kita juga akan melawat satu kedai minachi dimana kedai tersebut adalah kedai halfcut motor...Haaaaaa..tu yang penting tu...Nak tau lebih lanjut ikut la kitaorang nooh!!....

Wakil U.S ke Kuale Kangsar

Antara wakil dari U.S yang ke Kuale Kangsar ialah Syamsul Baharen(ahseng / beb), Ejoi S.Alam, abangnye Man, abangnye Chandra(roy)...Tuan pengerusi kita pon pegi jugak En.Shaiful dan Mi puchong...Diaorang semua bertolak 24/04 malam bersamaan hari sabtu dan bliknye hari ahad petang...Kena la hantar wakil sebab kita dijemput oleh RMR..Tapi kalau semua dapat join mesti meriah...Takpe la...janji ada wakil nooh!!Gambar??...Nanti la kalau ada akan dimasukkan dalam ni...Ride For Your Right!!!